Our Services

Pembinaan Laman Web

Laman web yang kami bina adalah kreatif dengan responsif dan sesuai untuk kesemua organisasi besar, perusahaan kecil dan sederhana ataupun syarikat startup. Dengan laman web yang profesional itu, anda dapat memajukan jenama perniagaan anda dalam talian.

Pengurusan Laman Web

Kami menyelenggara laman web seperti sandaran, kemas kini dan lain-lain untuk memastikan laman web dan informasinya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan terkini. Dengan itu, anda tidak perlu berisau dan dapat menumpu perhatian terhadap perniagaan anda.

Reka Bentuk Digital Grafik dan Logo

Kami mahir dalam mereka bentuk pelbagai jenis grafik seperti logo, seni klip dan lain-lain, dan ianya dapat digunakan dalam laman web, brosur, risalah ataupun iklan. Rekaan-rekaan bukan sahaja dapat mencantikan tetapi juga menarik perhatian dengan lebih berkesan.

Pemasaran Sosial

Pemasaran sosial memainkan peranan penting dalam persekitaran perniagaan sekarang. Kami menyediakan perkhidmatan pemasaran sosial untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda, untuk meningkatkan kesedaran jenama anda dan membantu untuk menjana petunjuk yang lebih banyak .

Pengoptimuman Enjin Carian

Pengoptimuman Enjin Carian (Search Engine Optimization) ialah suatu metodologi yang penting kepada kedudukan laman web. Kami menggunakan teknik SEO yang maju dalam laman web untuk meningkatkan kedudukan laman web anda dalam enjin carian.

Pembinaan Aplikasi Perisian dan Aplikasi Mudah Alih

Kami mahir membina aplikasi laman web ataupun aplikasi mudah ahli yang boleh digunakan dengan semua jenis peranti mudah alih. Kami dapat membina pelbagai fungsi dalam aplikasi-aplikasi tersebut berdasarkan keperluan dan spesifikasi anda.

Google My Business

Google My Business ialah suatu alatan Google yang berfungsi untuk mengawal identiti perniagaan dalam talian. Kami membina dan menyelenggara Google My Business untuk perniagaan anda bagi memastikan profil anda sentiasa aktif dan kemas kini.

Pendekatan Carian Tempatan

Pendekatan Carian Tempatan (Local Search) dijalankan untuk mengoptimumkan senarai carian tempatan dan meningkatkan visibiliti talian anda. Pendekatan ini dapat menarik pelanggan-pelanggan baru yang berminat terhadap perniagaan anda.

Kursus IT

Kami membekalkan beberapa kursus IT seperti komputer mikro, asas SEO, Photoshop dan sebagainya. Pensyarah-pensyarah kami yang berpengalaman dan berpengetahuan pasti dapat membantu dan meningkatkan kemahiran and pengetahuan anda.